UCAPAN GURU BESAR

Ucapan Guru Besar


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,dari Guru Besar SJKC Kwang Hwa SKI,

      Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman blog sekolah ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatan kuasa di dalam membangunkan blog SJKC Kwang Hwa SKI. Portal ini telah berjaya terhasil berkat usaha dan kerjasama semua pihak termasuk PIBG.
      Saya berharap blog ini akan menjadi salah satu platform untuk menghubungkan seluruh warga SJKC Kwang Hwa SKI tidak kiralah sama ada ibu bapa, guru-guru, staf mahupun para pelajar. Diharap blog ini juga menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengikuti dan melihat sendiri perkembangan SJKC Kwang Hwa SKI dari semasa ke semasa.
          Sesungguhnya dengan adanya blog ini, sekolah telah melangkah setapak ke hadapan untuk terus bersaing dan berjuang bersama orang lain dalam arus teknologi maklumat ini. Kepentingan laman ini tidak perlu disangkal kerana ia adalah salah satu medium komunikasi pada masa kini.
       Justeru, kewujudannya diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan hubungan ibu bapa dengan sekolah pada masa akan datang. Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pelajar akan diberitahu melalui blog ini untuk perhatian dan tindakan ibu bapa dan juga para pelajar khususnya di dalam bidang akademik.
        Akhir kata, semoga SJKC Kwang Hwa SKI akan terus cemerlang dan gemilang. Semoga seluruh warga SJKC Kwang Hwa SKI akan terus bersatu hati untuk merialisasikan harapan sekolah.

Sekian, Terima Kasih.






No comments:

Post a Comment