SEJARAH SEKOLAH
Sungai Kecil Ilir terletak di sebuah pekan kecil di Selatan Kedah dalam Daerah Bandar Baharu, bersempadan dengan Pulau Pinang.
Sejak ditubuhkan pada 1923 ( 91 tahun ), bilangan murid lebih kurang 10
orang. Semasa pendudukan Jepun (1941), sekolah ini terpaksa ditutup
sehingga 1945 .Selepas pengunduran Jepun, SJK( C) Kwang Hwa SKI dibuka
semula. Selepas dibuka, bilangan murid meningkat secara mendadak
melebihi 100 orang sehingga pernah mencapai 180 orang.
Pada tahun 2002, JPN Kedah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100,000.00
untuk mengubahsuai dewan dan bilik darjah yang usang. Pada tahun yang
sama seorang dermawan Encik Lee See Jin telah menyumbangkan peruntukan
membina sebuah bangunan 2 tingkat sebanyak RM 70,000.00 iaitu tingkat
atas untuk asrama untuk guru dan tingkat bawah sebuah perpustakaan .
Pada tahun 2004, peruntukan daripada JPN Kedah telah dapat mengubahsuai tandas curah kepada tandas pam dan juga bilik mandi.
Pada September 2006, permohonan pembinaan semula kantin telah
diluluskan,peruntukan adalah daripada Pejabat Daerah. Ini akan
memberikan keselesaan dan dapat menampung bilangan murid yang semakin
bertambah. Selain itu,makmal ICT juga dibina pada masa yang sama.
Bangunan makmal akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk P&P
disamping meningkatkan kemahiran teknologi maklumat.
Pada Disember 2006, permohonan pembinaan setor sukan juga telah
diluluskan .Setor yang sedia ada diperluaskan dan berlampu. Ini
membolehkan alatan sukan disusun dengan lebih kemas dan memudahkan
pengambilan alatan oleh guru dan murid.
Selepas beberapa kali permohonan, pada tahun 2013, di bawah
pentadbiran Guru Besar Puan Ng Hee Choo, siling dewan dan pendawaian
letrik dewan dapat dibaikpulih. Di samping itu ,pada tahun 2013 juga,
sepasang dermawan suami isteri Tan Hee Kuan menyumbangkan peruntukan
membaikpulihkan tandas dan singki demi untuk keselesaan warga
sekolah.Begitu juga dengan bantuan Lembaga Pengurus, prasarana sekolah
dapat dipertingkatkan.
Gambaran sekolah dari hadapan :) |
No comments:
Post a Comment